|
Selamat datang ke Sek Men Keb Taman Daya 2 Laman Web. Sek Men Keb Taman Daya Dua ditubuhkan mengambil sempena nama sebuah
Taman Perumahan yang berhampiran iaitu Taman Daya. Alamat penuh sekola ini Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 2, Jalan
Enau 20, Taman Daya, Johor Bahru, Johor.
Sekolah ini telah dibina di atas tapak lot 38016 seluas 10 hektar oleh sebuah Syarikat Swasta iaitu Syarikat Light and
Power Construction Sdn. Bhd. dan reka bentuknya oleh Linea Architech Sdn. Bhd. Sekolah ini dibina berdasarkan konsep "Design
and Build"
Kerja-kerja asa pembinaan telah dimulakan pada tahun 2000 dan dijangka siap pada tahun 2001. Namun desebabkan beberapa
kekangan sekolah ini hanya dapat disiapkan sepenuhnya pada tahun 2002.
Sekolah ini mempunyai sebuah Blok, 2 buah Blok Bilik Darjah (36 kelas), sebuah Blok Makmal, 2 buah Blok Bengkel, sebuah
blok Makmal Sains, sebuah Surau, Kantin, Blok Sukan Stor, Pondok Jaga, Tempat Menunggu Bas, Tempat letak basikal, 34 Lot Tempat
Letak Kereta Guru dan sebuah Tapak Gelanggang Permainan.
Dalam laman web ini terdapat Visi Sekolah, Misi Sekolah, Matlamat Sekolah Objektif Sekolah dan Falsafah Sekolah, Pengertian
Simbol di Lencana Sekolah dan Lagu Sekolah.Laman web sekolah masih belum siap sepenuhnya.
|